Cinta Dunia..

by 4:05:00 PM 0 comments


Hadirmu menyuluh seri..Menyambut tanganku saat aku selalu terjatuh..Gemersik alunan nasihat dan pengajaran..Kau hembus halus mengiringi kehidupan seharianku..Keyakinan mu yang mutlak pada Dia
Membuat aku terkaku
Membuat aku tersedar
Betapa aku terlalu merungut.. akan fana keletihan duniawi..Terlupa akhirat sana yang lebih hakiki..Disini kau bersama aku.. dan sesungguhnya di sana pun aku mahu kamu.
Peluklah kekasihmu ini selama mu di sini..
Andai kau pergi dulu, nantikan aku menyusul kembali..Aku janji, cinta ini hanya buatmu..
Dan, andai aku mendahului.. carilah pengganti.. buat menemani sepi mu di sini..
Kerana aku pasti, di hatimu ada tempat ku tersendiri.. tiada ganti.. 



Unknown

Happy Cheezy

Salam perkenalan untuk semua. Terima kasih kerana sudi singgah di blog Mamaeira Homemade, jemput scroll semua post yaa. Semoga hidup kita sentiasa dilimpahi keberkatan oleh-Nya. Sebarang petua atau resepi, boleh copy @ share sahaja, insyaallah. Ilmu pada saya, datangnya melalui kamu semua. Love u all.

    0 comments:

    Post a Comment