Assalamulaikum..
Teringat balik, Family Day IAT tahun 2013, di Bukit Merah LakeTown Resort. Excited sangat, sebabnya tahun pertama di HQ, dapat happy-happy dengan semua staf bahagian. Anak-anak la paling seronok, sebab boleh main air.
credit gambar dari Google
Darwisy.. dapat mandi kolam.
Danish
Mama apa lagi, tengok dari jauh je la dengan abahnya. Penat mandi di waterpark, kami berempat jalan kaki ke eco park. Nak naik chairlift @ skylift tak boleh, sebab anak-anak kecil lagi. Time ni, danish baru bertatih. Penat dukung, bagi dia jalan slow-slow. Excited punya pasal, tak ingat penat dah. Hahaha..
Dapat la tengok ular sawa, spesis-spesis monyet, burung merak, ikan prasejarah iaitu ikan Arapaima.
*gambar-gambar tak dapat nak attach, sebabnya dah hilang.
Malam yang dinanti-nanti tiba, malam cabutan bertuah ngan bbq la.. Hihi, rezeki Allah kan, nama Eira la yang 1st sekali pengarah bahagian panggil untuk cabut nombor bertuah.
Jeng jeng jeng...
haa, ini lah hadiahnya.. Stand Mixer jenama Cornell.
*credit gambar dari Google
Alhamdulillah.. syukur dan bahagia. Bukan sebab dapat hadiah sahaja tau, waktu ni bersyukur dapat merasa bercuti dengan keluarga dan kawan-kawan ofis, dan yang paling best, fully sponsered.
Masa ni, dapat mixer, Eira simpan lama tau. Sebabnya tak tahu nak guna untuk apa. Nak buat kek, tak pandai. Tambah lagi, oven pun tak ada.
Husband cakap, boleh sayang, awak mix la tepung, buat cekodok.
Hish.. melampau kalau cekodok pun nak pakai mixer.
0 comments:
Post a Comment