Resepi Nasi Kerabu Mek Qelate!

by 1:28:00 PM 0 comments
Assalamualaikum..


Hari-hari cuti macam ni, habiskan masa di rumah la. Berperang dengan hero-hero mama ni. Hihi.. 

Betul, hadirnya anak-anak, sebagai cara Allah mendidik kita. Tambah-tambah tentang kesabaran. Dulu, waktu anak baru sorang, sabar mungkin pada level 10%. Bila bertambah anak, level tu akan turut bertambah. Sebab tu kalau kita tengok, ibu-ibu yang anak ramai, selalu mama terdetik, 'macamana la dia handle anak ramai-ramai, sedangkan mama yang tiga orang ni pun dah macam gorilla dah jadinya'.
Mana nak mandikan, nak siapkan, lepastu nak bagi makan. Kalau tiga-tiga ragam yang sama, kita pulak bosan kan.. hihi.. 

Dalam berperang dengan heroes mama ni, sempat hari ni buatkan nasi kerabu. Kebetulan kelapa ada dalam peti ais, itu yang jalan jugak tu. 

Resepi Nasi Kerabu Mek Qelate!

Nasi :
3 pot beras
Sedikit pewarna kuning @ biru
2 helai daun pandan
*masak nasi seperti biasa

Sambal ikan :
-1 biji kelapa parut (digoreng dgn api kecil sehingga sedikit kekuningan)


-7 ekor ikan sardin (direbus bersama asam keping & garam, kemudian asingkan tulangnya)

-8 ulas bawang merah
-5 batang serai (dipotong halus)
-gula & sedikit garam




Cara-cara memasak :
1) Tumbuk kasar kelapa parut yang telah digoreng tadi. Ketepikan.
2) Tumbuk pula ikan rebus yang telah diasingkan tulangnya. Ketepikan.
3) Kemudian, tumbuk serai yang dipotong halus sehingga lumat, masukkan gula dan sedikit garam, tumbuk lagi.
4) Kemudian pula, masukkan bawang merah dan tumbuk sehingga halus.
5) Akhir sekali gaulkan sebati bersama kelapa parut tadi.
Sesuaikan manis dan masinnya.
*lagi sedap bila maniskan sedikit.
* andai suka boleh tambahkan sedikit lada hitam untuk rasa pedas-pedas.


Tumis Santan Budu :
1 biji kelapa (diambil santannya)
*10 biji lada kering
*5 ulas bawang merah
*7 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
3 batang serai
2 keping asam keping
2sb budu
Gula & sedikit garam

Cara-cara :
1)Kisarkan bahan-bahan yang bertanda *.
2) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga pecah minyak.
3) Kemudian masukkan santan. Selalu kacau, supaya santan tidak berketul.
4) Apabila mendidih, masukkan asam keping, serai yang diketuk, budu, gula dan sedikit garam. (Sedap bila dimasinkan sedikit)
5) Kacau sehingga pecah minyak. Siap.


*Sediakan budu bersama cili potong dan perahan limau nipis.

Nak lagi umphh, makan bersama daging bakar, keropok dan 'solok lada'. Memang nyum-nyum!
Selamat menjamu selera!!




Unknown

Happy Cheezy

Salam perkenalan untuk semua. Terima kasih kerana sudi singgah di blog Mamaeira Homemade, jemput scroll semua post yaa. Semoga hidup kita sentiasa dilimpahi keberkatan oleh-Nya. Sebarang petua atau resepi, boleh copy @ share sahaja, insyaallah. Ilmu pada saya, datangnya melalui kamu semua. Love u all.

    0 comments:

    Post a Comment